Monday, December 20, 2010

episod satu,bahagian satu



Kringggggg…
Aku menutup telingaku dengan kedua-dua belah tanganku. Apakan tidak,loceng tersebut berdering di sebelah telingaku. Jika tidak ditutup,alamat pekak badaklah aku. Aku tidak rela. Tidak sesekali.
                Para pelajar berjalan ke satu arah. Aku tertanya-tanya.ke manakah mereka semua menuju? Ada agihan makanan percuma macam paklong selalu buat dulukah?(paklong ialah seorang peruncit yang pemurah. Dia menjaja makanan ringan di hadapan tadika kami dulu) Aku pun turut menghayun langkahku ke sana. Deras. Umpama air terjun.(okay,aku tipu)
Para pelajar menbentuk beberapa barisan. Hampir kesemuanya mengikut ketinggian. Pada ketika ini aku masih belum mengerti bahawa pelajar dikehendaki beratur mengikut kelas masing-masing. Aku melihat-lihat ke arah barisan pelajar. Tiba-tiba pandanganku tertancap pada seseorang. Tidak. Bukan seorang mamat hensem seperti yang anda sangkakan. Tapi kakakku yang kini dalam Darjah Empat. Dia berada dalam barisan pelajar sederhana tingginya. Jadi aku berhasil memikirkan sesuatu. Mungkin barisan pelajar adalah mengikut ketinggian. Aku mencari barisan yang sama ketinggian denganku. Jumpa. Alhamdulillah. Aku menadah tangan kesyukuran,dan meraup mukaku seperti yang diajar oleh jiranku.
Selesai meraup muka,aku ditegur pelajar di belakangku. “adik,adik salah kelas ni. Kelas adik kat hujung sana,” kata Hanis,yang namanya sempat kulihat sekilas pada uniform sekolahnya sambil menunjuk ke satu arah. Aku melihat ke arah yang ditunjukkan. Pp…pen..pendek?? apakah bala yang menimpa? Kenapa aku kena beratur dengan mereka yang kurang tinggi ni? “tapi kak,diorang tak sama tinggi dengan saya. Saya taknak beratur kat sana. Saya kan tinggi. Bukankah yang tinggi kena beratur dengan yang tinggi?”. Hanis memandangku tidak beriak sesaat,kemudian menghamburkan tawanya.” Adik,beratur ikut kelas ye,bukan ikut ketinggian. Adik je yang terlebih tinggi.” Aku menoleh ke arah barisan hujung. Pendek.pendek. Dan pendek. Oh tidakkkkk!!!
Dalam masa sehari seisi sekolah sudah mengenaliku gara-gara peristiwa beratur semasa perhimpunan di sekolah. Hampeh punya Hanis. Mulut takde insurans. Habis dicanangkan perihal aku di sekolah. Seminggu aku menanggung malu. Tapi ada kelebihannya. Abang- abang senior semua hantar surat mahu berkenalan. Terkenal sebentar. Padan muka kau Hanis. Kau kenakan aku tapi kau yang makan hati tengok pujaan hati kau selalu tegur aku. Tulah,jangan kedengki dengan budak hingusan. Hingus-hingus aku, ketua pengawas suka. Kau ada? Hatiku berlagu riang. Hehehe.

2 comments: