Tuesday, December 28, 2010

episod satu, bahagian dua



xxx        
Seisi kelas sunyi sepi. Aku yang baru melangkah masuk ke dalam kelas tertanya-tanya. Ada apakah yang melanda? Tanpa melihat ke hadapan, aku terus berjalan kea rah kerusi yang masih kosong. Di sebelah seorang budak lelaki,berambut potongan tempurung,berspek mata,dan yang paling penting sedang sibuk membuat latihan kira-kira. Erk…? Mungkin agak lewah tapi…kira-kira? Semangat betul!! Orang lain menangis tak nak sekolah tapi dia sibuk mengira. Mesti dia budak pandai. Tak boleh jadi ni! Aku pun mengambil tempat di sebelahnya. Dia berpaling sebentar. Aku tersenyum. “ Saya Fatihah.” Dia tidak memberi respons, sebaliknya terus mengira. Aku terlopong enam harkat. Kenapalah aku ditemukan dengan manusia pelik sebigini. Sombong tak bertempat. Bisu tak bertempat jugak. Hisy...tak boleh buat jadi laki. aku keluarkan semua alat tulis yang ibu bekalkan,mana tahu tiba-tiba cikgu nak adakan exam. Lebih baik aku bersedia fizikal dan mental. Lagipun, aku tak nak dapat nombor satu yang ke-enam belas lagi. Tak best,huh! Tapi bila aku fikir balik, ada ke cikgu yang nak buat exam hari pertama persekolahan? Tak ke kerja gila tu. Alat tulis itu kembali kusimpan dalam beg. Kawan semejaku masih lagi asyik mengira. Aku mengeluh.
“ Kecil-kecil dah ada masalah ke sampai kena mengeluh berat macam tu? Macam orang tua,” perlahan orang di sebelahku menuturkan. Aku berpaling lipat maut.
“ Saya Choi,” katanya sambil tersenyum sesaat sebelum kembali kepada pengiraannya. Boleh cakap rupanya. Dan boleh tersenyum rupanya. Ingatkan dalam mulut tu ada emas lima kilo sampai tak larat nak buka mulut, tak pun ada masalah nak gerakkan otot sampai nak tersenyum lima saat pun payah. Aku membalas senyumannya.
xxx
Aku dan Choi asyik mengunyah karipap dua puluh sen yang kami beli di kantin tadi. Sejak sesi perkenalan dua bulan lalu, kami sudah semakin rapat. Bermain bersama, belajar bersama, makan pun selalu bersama. Cuma kami tidaklah ke tandas bersama. Mana boleh pergi sama-sama. Lain jantina. Kut kena tangkap dengan cikgu. Malu den nanti. Melepas nak jadi pengawas. Padahal baru darjah satu.
Sebaik kami selesai makan, loceng berbunyi menandakan waktu rehat telahpun tamat. Aku dan Choi berjalan cepat ke arah kelas kami.
“ Hoi! Kau yang ambil pensil aku,penipu. Memang dasar penipu. Dahlah miskin,penipu lagi. Pulangkan balik pensil aku. Mahal ayah aku beli,” Hadi menolak-nolak kepala Mataridi dengan jari telunjuknya. Aku yang baru melangkah masuk terkejut. Isy budak Hadi ni. Tak padan dengan badan kecil, perangai macam samseng. Mataridi mengesat air di tubir matanya. Matanya merah. Menagis barangkali. Ataupun bengang. Aku membayangkan, saiz tubuh Mataridi yang kecil itu membesar lima kali ganda. Kulitnya yang asalnya berwarna coklat berubah menjadi hijau. Dia menepuk-nepuk dadanya ibarat seekor gorila dan menjerit sekuat hatinya. Sebarang objek yang berada di hadapannya dilontarkan tanpa arah tuju. Hadi yang berada di hadapannya menggigil ketakutan. Di seluarnya sudah mengalir cecair pekat berwarna kuning. Hadi terkencing? Aku ketawa berdekah-dekah. Penakut juga rupanya si Hadi ni. samseng konon. Aku masih lagi tertawa. Pandangan Mataridi ‘Hulk’ kini tertancap kepadaku. Ketawaku mati automatik. Cis! Kenapa badan aku menggigil macam Parkinson ni. Mataridi ‘Hulk’ mendekatiku. Tangannya yang besar itu menggenggam batang tubuhku sebelum dilemparkan keluar kelas. Aku menjerit ketakutan.
“Waaaarrgggghhhhhhhhhhhhh…!”jeritku sambil tanganku dihayunkan menepis-nepis. Tiba-tiba badanku digoncang. Mataku dibuka. Tak ada Mataridi ‘Hulk’. Yang ada cuma Mataridi yang tubuh badannya masih bersaiz normal, dihadapannya Hadi. Murid-murid lain masih di tempat asal, dan Choi yang berada di sebelahku, masih menggoncang badanku. Semua orang memandangku. Kaget. Huh? Aku berangan lagi. Choi di sebelahku tersengih. “ Berangan lagi.”
Seisi kelas menggeleng kepala. Hadi turut berbuat demikian sebelum menolak Mataridi sampai jatuh. Tak guna punya Hadi, sempat lagi tu! Nak kena ni.
“Hoi Hadi! Kau kenapa tolak-tolak Mataridi macam tu? Kau ingat kau bagus sangat?”
“Heh,kau sibuk apa? Duduk diam-diamlah dengan pakwe cina kau tu. Tak payah nak sibuk hal  orang. Lagipun Mataridi ni tak patut dibela. Dahlah miskin, mencuri pula tu. Huh!” Eiii…menyampahnya dengan makhluk sombong bernama Hadi ni.
“Apa buktinya Mataridi ni curi?”
“Alah,aku tahulah. Kalau bukan dia siapa lagi yang nak curi. Dia je yang paling miskin dalam kelas kita ni.” Cis..tuduh orang tak ada bukti. Pantang datuk nenek moyang aku ni.
“oh…apa kata kita check beg dia dulu. Tak baik tuduh orang tak ada bukti. Asyraf,kau pergi check dalam beg Mataridi. Biar aku yang check dalam beg Hadi. Manalah tahu, ada orang letak mata kat kepala lutut,” arahku seperti seorang guru besar. Chewahhhh…ada bakat terpendam nak jadi guru besar ni. bangga seminit.
Setelah digeledah, ternyata pensil yang dikatakan dicuri itu sebenarnya masih di dalam beg Hadi, terselit di celah buku tulis. Itulah, cari guna hidung,bukan guna mata. Menyusahkan orang je. Hisy…
“Jadi sekarang kita dah tahu siapa ‘pencurinya’. Aku nak kau minta maaf pada Mataridi balik,” sekali lagi aku mengarah. Hadi menjeling maut. Eleh…ingat aku takut ke? Dia berlari kearahku dan menolakku. Kuat sekali. Dan aku tak ingat apa-apa selain wajah Choi yang mendekatiku sebelum aku memejamkan mata. Hey…kenapa risau sangat ni Choi. Teruk sangat ke aku jatuh ni.

Monday, December 20, 2010

episod satu,bahagian satu



Kringggggg…
Aku menutup telingaku dengan kedua-dua belah tanganku. Apakan tidak,loceng tersebut berdering di sebelah telingaku. Jika tidak ditutup,alamat pekak badaklah aku. Aku tidak rela. Tidak sesekali.
                Para pelajar berjalan ke satu arah. Aku tertanya-tanya.ke manakah mereka semua menuju? Ada agihan makanan percuma macam paklong selalu buat dulukah?(paklong ialah seorang peruncit yang pemurah. Dia menjaja makanan ringan di hadapan tadika kami dulu) Aku pun turut menghayun langkahku ke sana. Deras. Umpama air terjun.(okay,aku tipu)
Para pelajar menbentuk beberapa barisan. Hampir kesemuanya mengikut ketinggian. Pada ketika ini aku masih belum mengerti bahawa pelajar dikehendaki beratur mengikut kelas masing-masing. Aku melihat-lihat ke arah barisan pelajar. Tiba-tiba pandanganku tertancap pada seseorang. Tidak. Bukan seorang mamat hensem seperti yang anda sangkakan. Tapi kakakku yang kini dalam Darjah Empat. Dia berada dalam barisan pelajar sederhana tingginya. Jadi aku berhasil memikirkan sesuatu. Mungkin barisan pelajar adalah mengikut ketinggian. Aku mencari barisan yang sama ketinggian denganku. Jumpa. Alhamdulillah. Aku menadah tangan kesyukuran,dan meraup mukaku seperti yang diajar oleh jiranku.
Selesai meraup muka,aku ditegur pelajar di belakangku. “adik,adik salah kelas ni. Kelas adik kat hujung sana,” kata Hanis,yang namanya sempat kulihat sekilas pada uniform sekolahnya sambil menunjuk ke satu arah. Aku melihat ke arah yang ditunjukkan. Pp…pen..pendek?? apakah bala yang menimpa? Kenapa aku kena beratur dengan mereka yang kurang tinggi ni? “tapi kak,diorang tak sama tinggi dengan saya. Saya taknak beratur kat sana. Saya kan tinggi. Bukankah yang tinggi kena beratur dengan yang tinggi?”. Hanis memandangku tidak beriak sesaat,kemudian menghamburkan tawanya.” Adik,beratur ikut kelas ye,bukan ikut ketinggian. Adik je yang terlebih tinggi.” Aku menoleh ke arah barisan hujung. Pendek.pendek. Dan pendek. Oh tidakkkkk!!!
Dalam masa sehari seisi sekolah sudah mengenaliku gara-gara peristiwa beratur semasa perhimpunan di sekolah. Hampeh punya Hanis. Mulut takde insurans. Habis dicanangkan perihal aku di sekolah. Seminggu aku menanggung malu. Tapi ada kelebihannya. Abang- abang senior semua hantar surat mahu berkenalan. Terkenal sebentar. Padan muka kau Hanis. Kau kenakan aku tapi kau yang makan hati tengok pujaan hati kau selalu tegur aku. Tulah,jangan kedengki dengan budak hingusan. Hingus-hingus aku, ketua pengawas suka. Kau ada? Hatiku berlagu riang. Hehehe.

Thursday, December 16, 2010

tahukah anda?

Tahukah anda kalau orang yang kelihatan begitu tegar hatinya,

adalah orang yang sangat lemah dan butuh pertolongan?
Tahukah anda kalau orang yang menghabiskan waktunya untuk melindungi orang lain,
adalah justru orang yang sangat butuh seseorang untuk melindunginya?
Tahukah anda kalau tiga hal yang paling sulit untuk diungkapkan
adalah “aku cinta kamu”, “maafkan aku” dan “tolong aku” ?
Tahukah anda kalau orang yang suka berpakaian warna merah,
adalah orang yang lebih yakin kepada dirinya sendiri?
Tahukah anda kalau orang yang suka berpakaian kuning,
adalah orang yang menikmati kecantikannya sendiri?
Tahukah anda kalau orang yang suka berpakaian hitam,
adalah orang yang ingin tidak diperhatikan, butuh bantuan dan pengertian anda?
Tahukah anda kalau anda menolong seseorang,
pertolongan tersebut akan dikembalikan dua kali lipat?
Tahukah anda bahwa lebih mudah mengatakan perasaan anda dalam tulisan
dibandingkan mengatakan kepada seseorang secara langsung?
Tapi tahukah anda bahwa hal tsb akan lebih bernilai saat anda mengatakannya dihadapan orang tersebut?
Tahukah anda kalau anda memohon sesuatu dengan keyakinan,
keinginan anda tersebut pasti akan dikabulkan?
Tahukah anda bahwa anda bisa mewujudkan impian anda,
seperti jatuh cinta, menjadi kaya, selalu sehat?
Jika anda memintanya dengan keyakinan, dan jika anda benar-benar tahu,
anda akan terkejut dengan apa yang bisa anda lakukan.
Tapi jangan percaya semua yang saya katakan, sebelum anda mencobanya sendiri.
Jika anda tahu seseorang yang benar2 butuh sesuatu yg saya sebutkan diatas,
dan anda tahu anda bisa menolongnya, anda akan melihat bahwa pertolongan tersebut akan dikembalikan dua kali lipat.

Tuesday, December 14, 2010

epilog




“ D-U du D-U-K duk,duduk.” Ibu ayah dan kakak hanya menggelakkan aku. Aku pun tergelak sama kerana aku fikir aku berjaya menghiburkan mereka. Lalu aku sambung dengan perkataan lain. BERDIRI. Ayah mendekatiku. “ Kakak nak beli buku ni?” ayah senyum.aku mengangguk dan membalas dengan senyum bahagia. Senyuman semakin meleret melihat ayah mengeluarkan not lima ringgit di kaunter.
                Itu sahajalah kenangan yang dapat aku ingat ketika aku berusia empat tahun. Ketika itu gigi kakak masih ada yang rompong,manakala adik pula masih dalam dukungan ibu. Kereta ayah masih lagi Ford dan rumah kami sudah di Pesumahan Awam Kos Rendah Panching. Kenapa namanya sedemikian? Tentulah kerana penduduknya berpendapatan rendah. Tiada pertikaian.
                Berbalik kepada kenangan, aku masih teringat ketika aku berusia empat tahun, aku sentiasa bangun awal setiap pagi kerana ingin mengikut kakak ke sekolah. Aku akan menangis jika ayah tidak benarkan aku ikut ke sekolah. Dan akhirnya, setiap pagi,tepat pukul tujuh lima belas minit akan kedengaran tangisan anak kecil merayu si ayah untuk turut serta.(bergurau sahaja) Kakak ketika itu berada di darjah dua. Aku pula tidak ke tadika,apatah lagi bersekolah kerana usiaku yang masih mentah. Padahal pada usia inilah anak-anak seharusnya didedahkan dengan budaya ilmu. Apakan daya, aku lahir dalam masyarakat yang tidak mengaplikasikan budaya yang indah itu. Mujurlah kedua ibu bapaku berrfikiran jauh. Aku sudah didedahkan dengan abc ketika aku menginjak usia tiga tahun. Menjelang usia empat, aku sudah pandai mengaji alif ba ta, dan mengira satu dua tiga. Malahan aku mampu menghidupkan sendiri komputer meja tanpa bantuan sesiapa. Untuk apa? Bukan untuk menggunakan Microsoft Office semestinya. Untuk bermain game,sudah pasti.
                Sebaik usiaku menjelang angka lima, ibu daftarkan aku ke sebuah tadika berdekatan. Ayah akur akan kehendakku yang ingin bersekolah. Tadika tersebutlah yang dirasakan ideal. Murah. Dekat. Dan semestinya jimat. Ibu boleh menghantarku sebentar dan pulang untuk menjaga adik. Sebaik tamat permbelajaran, aku boleh pulang bersama kawan-kawan yang sehaluan.
                Tapi aku pula yang membawa masalah. Bukan aku,tetapi kawan-kawan baru aku. Mereka sering mengusikku kerana aku seringkali menangis. Bukan salah aku kalau hormon tersentuh aku  melebihi orang lain. Sepatutunya mereka bersyukur kerana salah seorang kawan mereka mempunyai penghayatan lebih dalam isu emosi. Memang benarlah, dasar manusia seringkali berhasad dengki. Mungkin mereka dengki keranan aku ini mudah sekali mengalirkan air mata manakala mereka sukar sekali. Keras hati barangkali. Otakku bekerja keras memikirkan kebarangkalian.
                “ Boleh jadi mereka ini sudah dididik dalam keluarga supaya dengki-mendengki antara satu sama lain. Jika ada yang lebih daripada meeka,silalah dengki terhadap orang itu. Dalam kes ini aku ialah orang yang didengkikan keranan mempunyai bakat terpendam menjadi seorang pelakon babak tangisan. Ataupun barangkali hati mereka tidak dijaga dengan baik semasa di rumah,di sekolah pula mereka mengotorkannya lagi dengan mengaplikasikan pembelajaran di rumah, iaitu pukul-orang-yang-lebih-berkebolehan-dari-anda. Tapi mungkin juga telahan aku ini salah. Jadi baik aku senyap-senyap.kalau tak nanti aku kena pukul lagi. Shhhhhh…”
                Disebabkan aku seringkali dibuli di tadika(perbuatan mengejek dikira sebagai buli,apatah lagi perbuatan mencubit yang dikira menyakiti anggota badan), aku tekad untuk tidak ke tabika lagi. Daripada aku sakit hati diejek,dan sakit badan dipukul,lebih baik aku duduk diam-diam di rumah. Boleh aku jaga adik, dan belajar membaca dengan ibu. Tapi ayahku tidakmemahami anak kecilnya ini. Aku disuruh untuk bersekolah semula sedangkan hatiku mengatakan tidak sepenuhnya. Aku membentak,tapi aku tidak adukan perihal buli itu. Aku bimbang mereka dipukul oleh ayah. Biasalah,ayah masih berdarah muda. Ayah boleh tahan barannya. Lihat.aku sayangkan kawan-kawan,walaupun mereka berlaku tidak adil kepadaku. Ibu  memujukku dengan baik. Tapi aku tetap enggan. Ayah akhirnya akur. Katanya kepada ibu, biarlah dia rehat dulu. Kita tunggu seminggu.
                Hari kemudiannya, kawan setadikaku datang ke rumah. Kakak dan nano. Kedua-duanya rakan aku yang memahami dari kecil. Mereka memujuk supaya aku kembali ke sekolah. Mereka katakan bahawa di tadika sudah ada permainan baru. Aku dengan mata yang membulat dan mulut yang terbuka luas sehingga hampir mengeluarkan air liur membayangkan permainan yang super hebatnya itu. Aku tertarik, pergi ke tadika, dibuli lagi, dan kembali ‘bercuti’ panjang. Tidak sesekali aku ceritakan masalahku itu. Namun satu hari Cikgu Zah datang memberikan buku latihanku. Dalam hati aku berkata,”YES!!! Ada buku. Macam ni kena pergi sekolah jugak. Kalau tak rugi.” Dan hasilnya, aku bersekolah semula, walaupun dibuli, aku tetap bahagia ada buku menemani.
                Apabila peperiksaan, aku demam. Aku ambil kertas periksa pada minggu berikutnya dan terus ditanda di depan mata. Banyaknya tanda betul. Whoaaaa… aku terpesona dengan persona dunia. Dan apabila keputusan diumumkan, cikgu mengatakan aku mendapat nombor satu yang ke-enam belas. Aku pun tersimpul suka kerana masih mendapat nombor satu. Bila difikirkan balik,naifnya aku. Nombor satu yang ke-enam belas? Apakah??
“ Saya bukanlah seorang pencerita. Saya tidak tahu mengarang kerana saya bukanlah penulis. Saya tidak tahu melukis kerana saya bukanlah seorang pelukis. Saya tidak tahu melontar dan memuntahkan perkataan-perkataan magis seperti yang dilakukan Hlovate. Saya cuma tahu tarikan jari saya di atas papan kekunci untuk membina perkataan demi perkataan,”

akan datang...


Hehehe.nantikan kemunculannya ya.

Sunday, December 5, 2010

Perfect Two


[Verse 1:]
You can be the peanut butter to my jelly
You can be the butterflies I feel in my belly
You can be the captain and I can be your first mate
You can be the chills that I feel on our first date

You can be the hero and I can be your side kick
You can be the tear that I cry if we ever split
You can be the rain from the cloud when it's stormin'
Or you can be the sun when it shines in the mornin'

[B-Sec:]
Don't know if I could ever be
Without you cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see
That we're all we need

Cause your the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry

[Hook:]
Cause you are the one for me (for me) 
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us) 
And we're the perfect two

We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two

[Verse 2:]
You can be the prince and I can be your princess
You can be the sweet tooth I can be the dentist
You can be the shoes and I can be the laces
You can be the heart that I spill on the pages

You can be the vodka and I can be the chaser
You can be the pencil and I can be the paper
You can be as cold as the winter weather
But I don't care as long as we're together

[B-Sec:]
Don't know if I could ever be
Without you cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see
That we're all we need

Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry

[Hook:]
Cause your the one for me (for me) 
And I'm the one for you (for you) 
You take the both of us (of us) 
And we're the perfect two

We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two

[Bridge:]
You know that I'll never doubt ya
And you know that I think about ya
And you know I can't live without ya

I love the way that you smile
And maybe in just a while
I can see me walk down the aisle

[B-Sec 1/2:]
Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry

[Hook:]
Cause your the one for me (for me) 
And I'm the one for you (for you) 
You take the both of us (of us) 
And we're the perfect two

We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two 

perfect two = YOU and ME :)