Wednesday, January 5, 2011

episod dua, bahagian satu



Hari ini merupakan hari pertama persekolahan. Aku bosan. Kenapa? Sebab tiada seorang pun pelajar di dalam kelas ini yang tidak menangis. Semuanya ingin pulang. Hisy…kalau tak mahu sekolah, lain kali tak perlu datang. Menyemak je tunjuk muka berhingus tu. Kalau lap tak apa lagi, ni tak. Meleleh-leleh cecair pekat hijau tu. Loya tekak aku melihatnya. Huh!
“ Baik aku buka buku matematik yang daddy belikan semalam. Nampak macam menarik,”  Aku lantas mengeluarkan buku bergambar katak itu. Kubuka, lantas memulakan pengiraan. Tambah, tolak, darab, bahagi semua sudah aku kuasai. Latihan sebegini kacang sahaja. Aku mengukir senyuman.
“ Lapan bahagi dua?ah kacang,” ujarku sambil memetik jari.
“ Seratus tambah dua pulih lapan? Ehr… seratus dua puluh lapan. yes! Seratus dua puluh lapan. “ Pantas jariku melakar nombor seratus dua puluh lapan di petak yang masih kosong itu.
Tiba-tiba…
Ada seseorang mengambil tempat di sebelahku yang masih kosong. Aku terus menoleh.
Waaaaaaahhhhhh…
Adakah bidadari sudah turun seperti cerita dongeng yang selalu ibu dodoikan dulu?
Cantik sekali!
“ Saya Fatihah,” gadis itu memperkenalkan dirinya tanpa dipinta. Dan aku… Blush! Darah terasa menyerbu di muka. Hish. Apa pasal dengan kau ni Choi. blushing tak kena tempat. Dan aku biarkan salam perkenalannya berlalu dibawa angin. Menyesal tapi aku malu. Bak kata orang, malu tapi mahu!
Gadis bernama Fatihah it uterus duduk. Mukanya agak masam. Mungkin kerana sapaannya tidak kubalas. Dia menoleh ke kiri dank e kanan. Melihat sekeliling tetapi seperti aku, tiada satupun yan menarik perhatian. Oh…kami ada chemistry! Hehe…
Huhhh… Fathiah mengeluh berat.
“ Kecil-kecil dah ada masalah ke sampai kena mengeluh berat macam tu? Macam orang tua,” tanpa sedar aku telah menuturkan apa yang aku fikirkan. Fathiah menjeling lipat maut. Sharp maaa… Semua ni mulut punya pasal. Tak guna punya mulut. Balik nanti aku plaster kau! Cover balik Choi! Cover balik!
Otot di mulutku bekerja keras untuk mengukir sebuah senyuman untuknya. Itupun lima saat. Haihh… Kaku. Pantas aku menundukkan pandangan sebelum dia sedar muka aku kemerah-merahan menahan malu. Tanpa dia sedar juga, aku sedang curi-curi melihat wajahnya yang bertukar dari mode masam kepada mode ceria. Sebuah senyuman terukir. Cantik. Dan aku seakan malayang dari tempat dudukku. Bahagia…

No comments:

Post a Comment