Tuesday, December 14, 2010

epilog




“ D-U du D-U-K duk,duduk.” Ibu ayah dan kakak hanya menggelakkan aku. Aku pun tergelak sama kerana aku fikir aku berjaya menghiburkan mereka. Lalu aku sambung dengan perkataan lain. BERDIRI. Ayah mendekatiku. “ Kakak nak beli buku ni?” ayah senyum.aku mengangguk dan membalas dengan senyum bahagia. Senyuman semakin meleret melihat ayah mengeluarkan not lima ringgit di kaunter.
                Itu sahajalah kenangan yang dapat aku ingat ketika aku berusia empat tahun. Ketika itu gigi kakak masih ada yang rompong,manakala adik pula masih dalam dukungan ibu. Kereta ayah masih lagi Ford dan rumah kami sudah di Pesumahan Awam Kos Rendah Panching. Kenapa namanya sedemikian? Tentulah kerana penduduknya berpendapatan rendah. Tiada pertikaian.
                Berbalik kepada kenangan, aku masih teringat ketika aku berusia empat tahun, aku sentiasa bangun awal setiap pagi kerana ingin mengikut kakak ke sekolah. Aku akan menangis jika ayah tidak benarkan aku ikut ke sekolah. Dan akhirnya, setiap pagi,tepat pukul tujuh lima belas minit akan kedengaran tangisan anak kecil merayu si ayah untuk turut serta.(bergurau sahaja) Kakak ketika itu berada di darjah dua. Aku pula tidak ke tadika,apatah lagi bersekolah kerana usiaku yang masih mentah. Padahal pada usia inilah anak-anak seharusnya didedahkan dengan budaya ilmu. Apakan daya, aku lahir dalam masyarakat yang tidak mengaplikasikan budaya yang indah itu. Mujurlah kedua ibu bapaku berrfikiran jauh. Aku sudah didedahkan dengan abc ketika aku menginjak usia tiga tahun. Menjelang usia empat, aku sudah pandai mengaji alif ba ta, dan mengira satu dua tiga. Malahan aku mampu menghidupkan sendiri komputer meja tanpa bantuan sesiapa. Untuk apa? Bukan untuk menggunakan Microsoft Office semestinya. Untuk bermain game,sudah pasti.
                Sebaik usiaku menjelang angka lima, ibu daftarkan aku ke sebuah tadika berdekatan. Ayah akur akan kehendakku yang ingin bersekolah. Tadika tersebutlah yang dirasakan ideal. Murah. Dekat. Dan semestinya jimat. Ibu boleh menghantarku sebentar dan pulang untuk menjaga adik. Sebaik tamat permbelajaran, aku boleh pulang bersama kawan-kawan yang sehaluan.
                Tapi aku pula yang membawa masalah. Bukan aku,tetapi kawan-kawan baru aku. Mereka sering mengusikku kerana aku seringkali menangis. Bukan salah aku kalau hormon tersentuh aku  melebihi orang lain. Sepatutunya mereka bersyukur kerana salah seorang kawan mereka mempunyai penghayatan lebih dalam isu emosi. Memang benarlah, dasar manusia seringkali berhasad dengki. Mungkin mereka dengki keranan aku ini mudah sekali mengalirkan air mata manakala mereka sukar sekali. Keras hati barangkali. Otakku bekerja keras memikirkan kebarangkalian.
                “ Boleh jadi mereka ini sudah dididik dalam keluarga supaya dengki-mendengki antara satu sama lain. Jika ada yang lebih daripada meeka,silalah dengki terhadap orang itu. Dalam kes ini aku ialah orang yang didengkikan keranan mempunyai bakat terpendam menjadi seorang pelakon babak tangisan. Ataupun barangkali hati mereka tidak dijaga dengan baik semasa di rumah,di sekolah pula mereka mengotorkannya lagi dengan mengaplikasikan pembelajaran di rumah, iaitu pukul-orang-yang-lebih-berkebolehan-dari-anda. Tapi mungkin juga telahan aku ini salah. Jadi baik aku senyap-senyap.kalau tak nanti aku kena pukul lagi. Shhhhhh…”
                Disebabkan aku seringkali dibuli di tadika(perbuatan mengejek dikira sebagai buli,apatah lagi perbuatan mencubit yang dikira menyakiti anggota badan), aku tekad untuk tidak ke tabika lagi. Daripada aku sakit hati diejek,dan sakit badan dipukul,lebih baik aku duduk diam-diam di rumah. Boleh aku jaga adik, dan belajar membaca dengan ibu. Tapi ayahku tidakmemahami anak kecilnya ini. Aku disuruh untuk bersekolah semula sedangkan hatiku mengatakan tidak sepenuhnya. Aku membentak,tapi aku tidak adukan perihal buli itu. Aku bimbang mereka dipukul oleh ayah. Biasalah,ayah masih berdarah muda. Ayah boleh tahan barannya. Lihat.aku sayangkan kawan-kawan,walaupun mereka berlaku tidak adil kepadaku. Ibu  memujukku dengan baik. Tapi aku tetap enggan. Ayah akhirnya akur. Katanya kepada ibu, biarlah dia rehat dulu. Kita tunggu seminggu.
                Hari kemudiannya, kawan setadikaku datang ke rumah. Kakak dan nano. Kedua-duanya rakan aku yang memahami dari kecil. Mereka memujuk supaya aku kembali ke sekolah. Mereka katakan bahawa di tadika sudah ada permainan baru. Aku dengan mata yang membulat dan mulut yang terbuka luas sehingga hampir mengeluarkan air liur membayangkan permainan yang super hebatnya itu. Aku tertarik, pergi ke tadika, dibuli lagi, dan kembali ‘bercuti’ panjang. Tidak sesekali aku ceritakan masalahku itu. Namun satu hari Cikgu Zah datang memberikan buku latihanku. Dalam hati aku berkata,”YES!!! Ada buku. Macam ni kena pergi sekolah jugak. Kalau tak rugi.” Dan hasilnya, aku bersekolah semula, walaupun dibuli, aku tetap bahagia ada buku menemani.
                Apabila peperiksaan, aku demam. Aku ambil kertas periksa pada minggu berikutnya dan terus ditanda di depan mata. Banyaknya tanda betul. Whoaaaa… aku terpesona dengan persona dunia. Dan apabila keputusan diumumkan, cikgu mengatakan aku mendapat nombor satu yang ke-enam belas. Aku pun tersimpul suka kerana masih mendapat nombor satu. Bila difikirkan balik,naifnya aku. Nombor satu yang ke-enam belas? Apakah??

1 comment: