Seminggu aku terlantar di hospital akibat hantukan kuat pada bucu meja. Seminggu jugalah Choi akan berulang-alik untuk menjagaku. Kadang-kadang aku kasihankan dia. Dia masih kecil tapi sangat peduli akan kesihatanku. How sweet!
Dan setiap kali dia datang melawat,pasti ibunya, Pn. Chan akan membekalkannya dengan makanan kesukaanku, iaitu kek coklat lembap. Aku sangat sukakan kek yang dibuat oleh Pn. Chan. Rasa kek lembab yang seakan cair di dalam mulut sangat menambat hatiku. Biarrpun mereka dari bangsa dan agama yang berlainan denganku, tapi aku yakin setiap masakannya adalah halal. Buktinya, aku seringkali datang ke rumah Choi. Tiada seekor anjing pun di kawasan kejiranan itu. Dan setiap itulah aku dipelawa untuk makan tengah hari atau kadang-kadang makan malam di rumah mereka. Tiada langsung hidangan yang berunsurkan binatang berwarna merah jambu itu. Pn. Chan perrnah menceritakan bahawa mereka bukanlah bangsa Cina tulen kerana corak hidup mereka lebih terarah kepada kemelayuan. Bagiku, itu adalah satu keistimewaan keluarga ini.
Uncle Chan. Bapa kepada Choi merupakan seorang usahawan. Dia merupakan pemilik Restoran Melayu yang terkenal itu. Bahkan beliau kini sedang bertungkus lumus membuka cawangan baru di selatan Malaysia. Pendek kata, memang dialah usahawan yang top di kawasan kejiranan kami ini.
Kalau dibandingkan antara keluarga aku dan keluarga Choi, ibarat langit dan bumi. Kekayaan mereka melimpah ruah. Kalau dimakan oleh tujuh keturunan pun belum tentu habis. Sedangkan keluarga aku sederhana sahaja. Ayahku seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah, manakala ibu bekerja di kantin sekolah, menyediakan makanan untuk para pelajar.
Bukan bapaku tidak bersekolah dahulu sehinggakan tepaksa bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan. Atas desakan hidup, dia terpaksa juga bagi mencari rezeki sesuap nasi. Dulu bapaku pernah meneruskan pelajarannya dalam bidang sains hayat di salah sebuah university tempatan. Pada tahun akhir, atuk meninggalkan keluarganya kerana ingin menikah lagi satu. Disebabkan bapaku merupakan cahaya mata sulung, terpaksalah beliau pulang ke kampung untuk berbakti kepada keluarga, tanpa menamatkan pelajarannya. Jika difikirkan, jika musibah ini tidak menimpa keluarga kami, pasti bapaku kini sudah bergelar seorang professor kerana itulah cita-citanya yang dia tanamkan setiap hari di dalam sanubariku. Tapi aku tidak boleh salahkan atuk, mungkin sudah tertulis nabib kami seperti ini. Aku percaya ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku.
Berbalik kepada keluarga Choi, walaupun jelas sekali keluarga kami berbeza, namun mereka tetap melayan kami dengan baik, seperti saudara kandung sendiri. Aku sangat mengagumi mereka. Sangat. Dan bila aku Berjaya nanti, aku pasti akan melakukan yang sama seperti keluarga Choi. Pasti. Ini janjiku. Dan aku tidak pernah mungkir janji.

No comments:
Post a Comment